BMM 3105-PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER
Saturday, 1 October 2011
Thursday, 29 September 2011
tugasan 4
Tugasan 4:
Huraikan kekangan yang perlu dihadapi oleh guru bagi merealisasikan
pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu melalui TMK dan cara-cara mengatasinya.
Pengajaran bahasa dengan
menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian
dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa
mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa
pelajar. Persoalannya ialah sejauh manakah guru Bahasa Melayu (BM)
melaksanakan pengajaran menggunakan
komputer dan tahap penguasaan guru serta kekangan yang dihadapi. Maka kajian
secara tinjauan ini meneliti tahap dan kekangan dalam melaksanakan pengajaran
bahasa menggunakan komputer. Di samping itu, kajian juga mengkaji kekangan yang
mengganggu pelaksanaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran,dan
kebanyakan mereka telah mengikuti kursus asas komputer. Kursus yang berkaitan penyediaan
bahan pengajaran multimedia, penggunaan internet dan pembinaan laman web agak
kurang diberikan perhatian. Kesan
pengajaran BM menggunakan komputer kepada pelajar agak positif terutamanya
kepada pelajar yang cerdas. Kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam
menjalankan pengajaran BM berbantukan komputer ialah guru kurang mahir mengendalikan
komputer untuk pengajaran dan pelajar kurang berminat dalam pembelajaran
terutama bagi guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah luar bandar.
PENGENALAN
Dalam memperkatakan teknologi dalam
pendidikan, Grove et al. (2004) menyatakan nilai teknologi di dalam bilik
darjah telah menimbulkan isu dan perdebatan dalam kalangan ahli teknologi
pendidikan. Teknologi telah dibuktikan dapat meningkatkan produktiviti,
menambahkan motivasi, menyokong pengajaran secara tidak langsung, kebolehan
pengajaran yang bersifat unik, dan meningkatkan literasi maklumat (Roblyer
& Schwier, 2003). Justifikasi ini timbul di dalam iklim kritikan berasaskan
1
komunikasi (TMK). Walaupun pelajaran BM
hanya melibatkan penguasaan kemahiran bahasa
yang kelihatannya agak mudah untuk
dikuasai, namun masih terdapat beberapa isu yang dianggap boleh mengganggu keberkesanan
pengajaran . Masalah tersebut termasuklah penguasaan kemahiran asas BM seperti
lisan, membaca dan menulis. Pada tahap yang lebih tinggi, masih terdapat pelajar yang tidak
dapat memahami teks yang dibaca dengan sempurna.Di samping itu, pada tahap
sekolah menengah, penguasaan menulis juga masih lagi perlu diberi perhatian
untuk memastikan objektif pengajaran BM tercapai. Oleh hal yang demikian,
penggunaan komputer dalam pengajaran BM dilihat sebagai satu usaha yang sesuai
untuk memberikan impak terhadap permasalahan yang dihadapi. Sebagai alat bantu
pengajaran yang terkini sifatnya, penggunaan komputer dilihat sebagai usaha
yang mampu
mengubah persepsi pelajar terhadap
pembelajaran BM. Guru BM sebagai pengendali pengajaran, perlu mempunyai
keterampilan dalam mengendalikan pengajaran bahasa berbantu komputer. Walaupun
terdapat kesukaran dalam melaksanakannya, guru perlu bersedia dengan kemahiran
dan pengetahuan selaras dengan keperluan pendidikan kini yang memerlukan pengajaran
lebih berpusatkan pelajar. Oleh itu, kajian ini cuba mengkaji pemahaman guru BM
terhadap konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer, tahap penguasaan
komputer, kursus yang dihadiri, masalah yang dihadapi dan penyelesaiannya.
Objektif kajian
1. Mengkaji sejauh manakah pemahaman guru
BM terhadap konsep pengajaran bahasa berbantukan
komputer.
2. Mengkaji tahap penguasaan komputer
dalam kalangan guru BM.
3. Mengkaji persepsi guru terhadap
penggunaan komputer dalam pengajaran BM.
4. Mengkaji masalah yang dihadapi oleh
guru BM dalam mengaplikasikan komputer
dalam pengajaran.
Kaedah Soal selidik
Soal selidik digunakan untuk mendapatkan data
berkaitan penggunaan dan penguasaan komputer dalam pengajaran BM. Item dalam
soal selidik meliputi
2
pandangan terhadap pengajaran bahasa
berbantukan komputer, latihan dan
tahap penguasaan, pelaksanaan dan
hubungannya dengan penguasaan bahasa pelajar,kekangan dalam pelaksanaan dan
cara mengatasi masalah tersebut. Data yang diperoleh dianalisis dengan
menggunakan SPSS dan dinyatakan dalam bentuk peratusan dan min.
Kebanyakan sampel kajian menyatakan bahawa
konsep PBBK adalah pelajar mempelajari bahasa menggunakan komputer dengan kehadiran
guru bersama-sama (51.7%). Pada dasarnya, PBBK dilaksanakan dengan pelajar
berinteraksi dengan bahan yang tersedia di dalam komputer. Pelajar akan
menggunakan bahan tersebut dengan bantuan guru. Bagi konsep yang kedua
tertinggi dari segi peratus (44.8%) Berdasarkan soal selidik di sekolah
terutamanya di luar bandar.menyatakan pelajar lebih mudah mempelajari bahasa dengan menggunakan
perisian pembelajaran yang terdapat di dalam CD. Pemilihan konsep ini dilihat
signifikan apabila guru menggunakan CD pembelajaran yang terdapat di pasaran
bagi
membantunya mengajar. Pelajar dapat
mempelajari bahasa dengan mengikuti bahan pembelajaran yang terdapat di dalam
CD dan guru melakukan pemantauan pembelajaran. Konsep ketiga yang menjadi
pilihan guru (40.2%) ialah pelajar menggunakan enjin pencari (seperti google)
untuk mencari fakta ketika menulis karangan. Hal ini bermakna, guru memikirkan PBBK
perlu dikaitkan dengan penggunaan internet yang banyak memberikan maklumat
kepada pelajar terutama ketika menguasai kemahiran bahasa seperti menulis
karangan. Bagi pilihan
keempat, sampel memilih konsep PBBK
sebagai pengajaran bahasa yang menggunakan projektor LCD sebagai alat bantu
mengajar (39.1%).
Bahan bantu mengajar jenis elektronik
dikaitkan dengan PBBK kerana keperluannya dalam pengajaran tersebut. Selain
penggunaan projektor LCD, penggunaan bahan bantu elektronik yang lain juga
mampu meningkatkan minat dan pemahaman pelajar. Konsep yang dianggap kurang
dipersetujui bagi pentafsiran PBBK ialah pelajar belajar bahasa melalui
pembelajaran jarak jauh menggunakan komputer (17.2%). Ini kerana diandaikan
sampel kajian tidak mengambil kira aspek pembelajaran jarak jauh sebagai
menepati konsep PBBK kerana tiada
guru yang dapat membimbing pelajar
apabila wujud masalah pembelajaran.
3
Penggunaan komputer dalam pengajaran BM
Sampel kajian juga menyatakan pandangannya
terhadap penggunaan komputer di dalam pengajaran BM. Dapatan kajian dinyatakan
seperti jadual 2 di bawah.
50 1st International Malaysian
Educational Technology Convention
ersebut di dalam pengajaran. Mungkin
terdapat faktor lain yang menjadikan mereka kurang menggunakan internet dengan
masalah pendedahan dan kemudahan yang disediakan di sekolah.Aspek minat
mempengaruhi guru dalam pengajarannya. Dapatan menunjukkan kebanyakan sampel
kajian berminat yang sederhana (min 3.14) untuk mengajarkan BM menggunakan komputer
tetapi mereka tetapi mempunyai banyak masa untuk menyediakannya.
. Mereka juga memiliki minat yang
sederhana untuk diberikan pendedahan
berkaitan penghasilan bahan perisian komputer.
Kesan penggunaan komputer dalam
pengajaran.
Kebanyakan sampel kajian setuju bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran BM terhad
kepada kemahiran membaca sahaja. Manakala mereka berpendapat penggunaan komputer
dalam mengajarkan karangan tidak begitu sesuai (min 3.18). Dalam hal ini,
untukmendapatkan kesan yang baik, guru perlu kreatif dalam pengajaran
berbantukan komputer.Dari segi kemahiran menggunakan perisian komputer yang
berkaitan dengan pembelajaran,kebanyakan sampel kajian tidak menguasainya
dengan baik. Contohnya dalam penguasaan authorware dan toolbook, mereka
menyatakan tidak menguasainya dengan baik
Masalah ini juga wujud dalam hal
menggunakan multimedia dalam pengajaran . Bagi
kebanyakan sampel kajian, mereka hanya
akan menggunakan komputer apabila diminta berbuat.
Tahap penguasaan komputer
Kesemua sampel telah pernah mengikuti
kursus berkaitan komputer. Berdasarkan dapatan (jadual 3), kesemua sampel
kajian telah menerima latihan komputer terutama dalam kursus dalam perkhidmatan
yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran ataupun Pejabat Pendidikan Daerah.
4
Kajian: Tahap Penguasaan Penggunaan Komputer
Tahap penguasaan pelajar
menggunakan berpandukan komputer
dengan
kehadiran guru bersama-sama 51%
Pelajar mempelajari bahasa menggunakan
komputer tanpa
kehadiran guru 18.4%
Pelajar mempelajari aspek bahasa
(contohnya, tatabahasa)
dengan menggunakan komputer 32.2%
Pelajar menggunakan enjin pencari
(seperti google) untuk mencari
fakta ketika menulis karangan 40.2%
Pengajaran bahasa apabila guru
menggunakan projektor LCD
sebagai alat bantu mengajar dalam
sebahagian dari pengajarannya 39.1%
Pelajar mempelajari cara menulis karangan
atau surat dengan
menggunakan pemprosesan perkataan (microsoft
word) 28.7%
Pelajar mempelajari bahasa dengan
menggunakan perisian pembelajaran yang terdapat di dalam CD 44.8% Pelajar
belajar bahasa melalui pembelajaran jarak jauh
menggunakan komputer. 17.2%
Kesan aplikasi komputer terhadap pelajar
Dapatan kajian menunjukkan, penggunaan
komputer dalam pengajaran dapat menambahkan minat pelajar terhadap BM . Walau
bagaimanapun, mereka berpendapat pelajar yang pandai lebih berminat dalam pengajaran
apabila guru menggunakan komputer di dalampengajarannya . Bagi pelajar yang
lemah, mereka kurang menunjukkan minat dalampembelajaran bahasa walaupun guru
menggunakan komputer . Dapatan jugamenunjukkan penguasaan menulis karangan
kurang berkesan jika menggunakan computer. Dalam hal ini, pembinaan dan penggunaan bahan
pembelajaran perlu lebih menekankan aspek multimedia dan interaktif bagi
memberikan kesan yang lebih kepada pelajar .Pelajar juga berminat jika
menggunakan bahan internet di dalam pengajaran .
5
Kekangan dalam pelaksanaan pembelajaran bahasa
berbantukan computer
Dapatan menunjukkan terdapat beberapa
kekangan yang dihadapi oleh guru dalam
menggunakan komputer dalam pengajaran BM.
Masih terdapat guru yang tidak mahir dalam mengendalikan pembelajaran
berbantukan komputer disebabkan kurang latihan . Guru juga menghadapi masalah
dalam pengajaran berbantukan komputer kerana banyak masa perlu diberikan dalam
menyediakan bahan . Pelajar juga kurang berminat menggunakan komputer dalam pengajaran BM.
Komputer yang digunakan di sekolah sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti
dan teknologi .Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan
komputer yang tidak cekap di sekolah . Masalah bilik komputer juga sering
mengganggu
kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran. Terdapat guru BM yang tidak
dapat menggunakan bilik computer kerana sering digunakan oleh kumpulan pelajar
lain Pengaruh rakan sejawat tidak mempengaruhi
sampel kajian dalam pelaksanaan pengajaran berbantukan komputer. Minat mengajar
menggunakan komputer tidak menurun apabila tidak ramai guru yang berbuat
demikian. Pihak pentadbir sekolah bukan merupakan kekangan kepada pelaksanaan
kerana mereka memberi galakan kepada guru agar mengunakan komputer dalam
pengajaran .
Cadangan untuk mengatasi masalah
Terdapat beberapa cadangan yang diberikan
oleh sampel kajian untuk mengatasi masalah dalam meningkatkan lagi penggunaan
komputer dalam pengajaran BM (jadual 4). Kebanyakannya bersetuju dengan
cadangan untuk mengatasi masalah seperti mewujudkan jaringan ,sediakan
peruntukan prasana yang cukup (min 3.46), kumpulan pembinaan bahan ,
dorongan dan pendedahan .
1.Wujudkan jaringan kerjasama antara
panitia atau sekolah dalam
PPD
2.Sediakan peruntukan yang sesuai untuk
menyediakan teknologi
komputer terkini.
3.Wujudkan prasarana ICT yang sesuai
untuk pembelajaran.
4.Perlu ada kumpulan pembinaan bahan yang
mendapat dorongan
daripada pentadbir.
6
5.Memberikan lebih dorongan kepada
pelajar agar meminati komputer.
Semua guru BM perlu diberikan pendedahan
aplikasi komputer.
RUMUSAN
Isu-isu yang dibincangkan di atas
kebanyakannya berfokus kepada pentingnya pengajaran berbantukan komputer
dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran BM. Antara rumusan yang diperoleh seperti huraian berikut:
Guru perlu menguasai konsep pengajaran
bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut
dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat
pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru BM. Tiga komponen
utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer,
bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001). Guru pada peringkat awal perlu memahami
konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar
memberikan kesan yang optimum kepada
pelajar.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, BM sedang
mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap
kepentingannya dalam pengajaran (A. Aziz Deraman, 2007). Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan
perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan.
Penggunaan komputer dalam pengajaran BM berupaya meningkatkan lagi keupayaan
pelajar dalam menguasai BM dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam
perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan
penggunaan internet dalam pengajaran
serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan
perhatian.
RUJUKAN
A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan
cabaran global. Dewan Bahasa, 7(2), 26-30.
Cuban, L. (2001). Oversold and
underused: Computers in the classroom. Cambridge, Mass.:
7
Saturday, 24 September 2011
TAJUK 1
Pengenalan
Di internet, terdapat pelbagai pembekal maklumat yang boleh dijadikan sebagai enjin pencari. Pembekal-pembekal maklumat ini kebanyakannya membekalkan maklumat yang hampir sama iaitu berkaitan dengan teks, video, audio,grafik dan sebagainya.
Cara mendapatkan maklumat
I. Mengenalpasti tajuk.
II. Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari.
III. Memilih enjin pencarian yang tepat.
IV. Menyemak kesesuaian maklumat/ bahan yang dijumpai. (Cuba guna enjin pencari yang berlainan)
V. Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.
Enjin Pencari
I. Google
II. MSN
III. Yahoo
Enjin pencari biasa dilihat pada:
• Internet : Terletak pada kotak pencari pada enjin pencari
• Intranet : Terletak pada pencari dalam laptop mahupun komputer (home)
• Microsoft Word : Terletak pada halaman Word (find)
• Laman Internet : Terletak dalam laman web ataupun blog
Alamat Internet
Bagi melayari internet, pengguna haruslah menaipkan alamat internet pada pembekal maklumat yang digunakan. Selepas mengklik pada ikon internet, pengguna seterusnya akan diberikan senarai laman yang berkaitan atau pengguna akan terus dibawa ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi. Antara contoh alamat pembekal adalah seperti:
I. www.google.com
II. www.yahoo.com.my
Pemilihan kata kunci
Kata kunci yang dipilih haruslah sesuai dan bertepatan dengan maklumat yang ingin dicari. Pemilihan kata kunci yang terlalu panjang menjadikan skop pemilihan bahan menjadi terlalu besar.
Sebagai contoh, pemilihan kata kunci nota Bahasa Melayu. Perkataan ini terlalu panjang ; “nota” + “Bahasa” + “Melayu”. Pengurangan pilihan boleh dibuat dengan menggunakan tanda “” sebagai contoh “nota Bahasa Melayu”. Penyenaraian akan dikurangkan dengan cara begini.
Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet
Fail internet terletak dalam folder di dalam laptop. Fail ini akan wujud setelah pengguna memuat turun bahan dari internet.

TAJUK 15
Tajuk 15 : Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
SEMINAR
- Merupakan sebuah bentuk pengajaran akademik, baik di sebuah universiti mahupun diberikan oleh suatu organisasi komersial atau profesional.
- Perkataan seminar berasal dari kata Latin ‘seminarum’, yang bermaksud "tanah tempat menanam benih".
- Sebuah seminar biasanya mempunyai fokus pada suatu topik yang khusus, di mana mereka yang hadir boleh menyertai secara aktif.
- Seminar seringkali dilaksanakan melalui sebuah dialog dengan seorang moderator seminar, atau melalui sebuah persembahan hasil kajian dalam bentuk yang lebih formal.
- Biasanya, para peserta bukanlah seorang pemula dalam topik yang dibincangkan (di universiti, kelas-kelas seminar biasanya disediakan untuk pelajar yang telah mencapai tingkatan atas).
- Sistem seminar mempunyai idea untuk lebih mendekatkan pelajar kepada topik yang dibicarakan. Di beberapa seminar dilakukan juga soalan dan debat. Seminar memiliki sifat lebih formal berbanding sistem kuliah di kelas dalam sebuah pengajaran akademik.
PAMERAN
- Pengertian Pameran
- Pengertian pameran adalah suatu kegiatan penyajian karya seni rupa untuk dikomunikasikan sehingga dapat diapresiasi oleh masyarakat luas.
- Jenis-jenis Pameran:
- Pameran Tetap (Permanent Exhibition)
- Pameran Sementara (Temporary Exhibition)
- Pameran Keliling (Traveling Exhibition
- Salah satu cara untuk menggalakkan penerbitan hasil penulisan para pelajar dan memberi peluang kepada pelajar lain untuk membaca bahan tersebut.
- Pelajar dilatih supaya dapat mencapai kualiti penulisan yang diiktiraf oleh guru dan pelajar lain bagi menerbitkan bacaan umum.
- Guru perlu mengadakan sesi pameran ini bagi setiap bahan bermutu yang ingin dikemukakan kepada pihak penerbit
TAJUK 14
Pengenalan
CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat. Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik.
Memilih cakera padat pembelajaran Bahasa Melayu
Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari bahasa Melayu.
Selain itu, cakera padat yang boleh digunakan ialah:
i. Puisi tradisional dan kesusasteraan
ii. Latihan dan soalan bahasa Melayu

TAJUK 13
Pengenalan
Penggunaan animasi dalam sesuatu pengajaran mampu menarik minat pelajar. Penggunaan animasi ini berupaya menjadikan pembelajaran lebih menarik dan pelajar akan lebih menumpukan perhatian dalam pengajaran yang guru ajarkan.
Animasi
Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi boleh dalan bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.
Bentuk Animasi
Dua Dimensi - 2D
Tiga Dimensi - 3D
Kesan Khas
Jenis-jenis animasi
Animasi Cel
i. Diperkenalkan oleh Disney di mana menggunakan beberapa siri daripada grafik berlainan pada setip kerangka frame
ii. Satu minit animasi akan memainkan 1,440 kerangka
iii. Cel berasal daripada kertas celluloid yang digunakan untuk lukisan pada setiap kerangka tetapi sekarang telah digantikan dengan plastik
Animasi Komputer
i. Mengamalkan konsep yang sama seperti animasi cel :menggunakan layer, keyframe, tweening
ii. Menggunakan nilai piksel RGB, mengenalpasti bucu-bucu sesuatu objek dan bercampuran warna supaya dapat menghasilkan transparencies, inversion dan effect
Morphing
i. Kesan yang popular di mana satu imej akan bertukar menjadi imej lain
ii. Boleh gunakan ke atas objek statik ataupun objek yang bergerak
Format penghasilan Animasi
Format penghasilan animasi yang biasa digunakan ialah gif animated dan swf, AutoDesk 3D Studio dan Animator (.FLI, .FLC) dan Macromedia Director (.DIR).
Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada internet
Cara untuk memuat turun animasi
Cara untuk mendownload animasi flash dengan mudah dari sebuah website adalah menggunakan sebuah software yang bernama Save Flahs. Dapat didownlaoad di http://www.saveflash.com untuk versi trial atau demo. Versi full yang sudah di crack pula boleh didapati di http://rapidlibrary.com/ kemudian masukkan kata kunci "save flash full".
Setelah di install, Software ini akan menempel pada Internet explorer. Setiap kali membuka sebuah web site yang mengandung flash maka akan muncul tanda disket yang jika di klik akan menyimpan animasi flash ke dalam hard disk.

TAJUK 12
Pengenalan
Alat pengarangan adalah satu perisian yang khusus untuk menghasilkan perisian kursus dengan cara mudah. Sistem pengarangan merupakan sebuah aturcara yang membenarkan seseorang menghasilkan bahan kurus PPBK secara langkah demi langkah. Alat pengarangan lebih mudah dipelajari berbanding dengan bahasa pengaturcaraan. Proses menukarkan sesuatu bahan pengajaran dari bentuk bertulis kepada bentuk komputer dengan menggunakan sistem pengarangan biasanya tidak memerlukan seorang yang mahir bahasa pengaturcaraan. Pembangunan perisian kursus dengan alat pengarangan lebih menjimatkan masa kerana mempunyai ciri-ciri mesra pengguna.
Jenis-jenis alat pengarangan
Perisian Alat pengarangan
Linkway
Language Plus
Scala
Toolbook
Authorware
ComIL
Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan.
Prosedur penyuntingan bahan Bahasa melayu
i. Mengumpul maklumat atau bahan dari internet
ii. Masukkan maklumat dalam alat pengarangan
iii. Memulakan semakan maklumat dan bahan dari internet
iv. Memadam maklumat yang tidak berkaitan.
v. Simpan data

Subscribe to:
Posts (Atom)