Get your myspace layouts where I get them, at pYzam.com.
MySpaceLayouts

Thursday, 29 September 2011

tugasan 4


Tugasan 4:
Huraikan kekangan yang  perlu dihadapi oleh guru bagi merealisasikan pengajaran dan pembelajaran  bahasa Melayu melalui TMK dan cara-cara mengatasinya.

            Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Persoalannya ialah sejauh manakah guru Bahasa Melayu (BM)
melaksanakan pengajaran menggunakan komputer dan tahap penguasaan guru serta kekangan yang dihadapi. Maka kajian secara tinjauan ini meneliti tahap dan kekangan dalam melaksanakan pengajaran bahasa menggunakan komputer. Di samping itu, kajian juga mengkaji kekangan yang mengganggu pelaksanaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran,dan kebanyakan mereka telah mengikuti kursus asas komputer. Kursus yang berkaitan penyediaan bahan pengajaran multimedia, penggunaan internet dan pembinaan laman web agak
kurang diberikan perhatian. Kesan pengajaran BM menggunakan komputer kepada pelajar agak positif terutamanya kepada pelajar yang cerdas. Kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan pengajaran BM berbantukan komputer ialah guru kurang mahir mengendalikan komputer untuk pengajaran dan pelajar kurang berminat dalam pembelajaran terutama bagi guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah luar bandar.

PENGENALAN

Dalam memperkatakan teknologi dalam pendidikan, Grove et al. (2004) menyatakan nilai teknologi di dalam bilik darjah telah menimbulkan isu dan perdebatan dalam kalangan ahli teknologi pendidikan. Teknologi telah dibuktikan dapat meningkatkan produktiviti, menambahkan motivasi, menyokong pengajaran secara tidak langsung, kebolehan pengajaran yang bersifat unik, dan meningkatkan literasi maklumat (Roblyer & Schwier, 2003). Justifikasi ini timbul di dalam iklim kritikan berasaskan

                                                      1
komunikasi (TMK). Walaupun pelajaran BM hanya melibatkan penguasaan kemahiran bahasa
yang kelihatannya agak mudah untuk dikuasai, namun masih terdapat beberapa isu yang  dianggap boleh mengganggu keberkesanan pengajaran . Masalah tersebut termasuklah penguasaan kemahiran asas BM seperti lisan, membaca dan menulis. Pada tahap yang lebih  tinggi, masih terdapat pelajar yang tidak dapat memahami teks yang dibaca dengan sempurna.Di samping itu, pada tahap sekolah menengah, penguasaan menulis juga masih lagi perlu diberi perhatian untuk memastikan objektif pengajaran BM tercapai. Oleh hal yang demikian, penggunaan komputer dalam pengajaran BM dilihat sebagai satu usaha yang sesuai untuk memberikan impak terhadap permasalahan yang dihadapi. Sebagai alat bantu pengajaran yang terkini sifatnya, penggunaan komputer dilihat sebagai usaha yang mampu
mengubah persepsi pelajar terhadap pembelajaran BM. Guru BM sebagai pengendali pengajaran, perlu mempunyai keterampilan dalam mengendalikan pengajaran bahasa berbantu komputer. Walaupun terdapat kesukaran dalam melaksanakannya, guru perlu bersedia dengan kemahiran dan pengetahuan selaras dengan keperluan pendidikan kini yang memerlukan pengajaran lebih berpusatkan pelajar. Oleh itu, kajian ini cuba mengkaji pemahaman guru BM terhadap konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer, tahap penguasaan komputer, kursus yang dihadiri, masalah yang dihadapi dan penyelesaiannya.

Objektif kajian
1. Mengkaji sejauh manakah pemahaman guru BM terhadap konsep pengajaran    bahasa berbantukan komputer.
2. Mengkaji tahap penguasaan komputer dalam kalangan guru BM.
3. Mengkaji persepsi guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran BM.
4. Mengkaji masalah yang dihadapi oleh guru BM dalam mengaplikasikan komputer
dalam pengajaran.

Kaedah  Soal selidik
Soal selidik digunakan untuk mendapatkan data berkaitan penggunaan dan penguasaan komputer dalam pengajaran BM. Item dalam soal selidik meliputi

                                                  2
pandangan terhadap pengajaran bahasa berbantukan komputer, latihan dan
tahap penguasaan, pelaksanaan dan hubungannya dengan penguasaan bahasa pelajar,kekangan dalam pelaksanaan dan cara mengatasi masalah tersebut. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan SPSS dan dinyatakan dalam bentuk peratusan dan min.
                                                
Kebanyakan sampel kajian menyatakan bahawa konsep PBBK adalah pelajar mempelajari bahasa menggunakan komputer dengan kehadiran guru bersama-sama (51.7%). Pada dasarnya, PBBK dilaksanakan dengan pelajar berinteraksi dengan bahan yang tersedia di dalam komputer. Pelajar akan menggunakan bahan tersebut dengan bantuan guru. Bagi konsep yang kedua tertinggi dari segi peratus (44.8%)  Berdasarkan soal selidik di sekolah terutamanya di luar bandar.menyatakan pelajar  lebih mudah mempelajari bahasa dengan menggunakan perisian pembelajaran yang terdapat di dalam CD. Pemilihan konsep ini dilihat signifikan apabila guru menggunakan CD pembelajaran yang terdapat di pasaran bagi
membantunya mengajar. Pelajar dapat mempelajari bahasa dengan mengikuti bahan pembelajaran yang terdapat di dalam CD dan guru melakukan pemantauan pembelajaran. Konsep ketiga yang menjadi pilihan guru (40.2%) ialah pelajar menggunakan enjin pencari (seperti google) untuk mencari fakta ketika menulis karangan. Hal ini bermakna, guru memikirkan PBBK perlu dikaitkan dengan penggunaan internet yang banyak memberikan maklumat kepada pelajar terutama ketika menguasai kemahiran bahasa seperti menulis karangan. Bagi pilihan
keempat, sampel memilih konsep PBBK sebagai pengajaran bahasa yang menggunakan projektor LCD sebagai alat bantu mengajar (39.1%).
Bahan bantu mengajar jenis elektronik dikaitkan dengan PBBK kerana keperluannya dalam pengajaran tersebut. Selain penggunaan projektor LCD, penggunaan bahan bantu elektronik yang lain juga mampu meningkatkan minat dan pemahaman pelajar. Konsep yang dianggap kurang dipersetujui bagi pentafsiran PBBK ialah pelajar belajar bahasa melalui pembelajaran jarak jauh menggunakan komputer (17.2%). Ini kerana diandaikan sampel kajian tidak mengambil kira aspek pembelajaran jarak jauh sebagai menepati konsep PBBK kerana tiada
guru yang dapat membimbing pelajar apabila wujud masalah pembelajaran.

                                       3
Penggunaan komputer dalam pengajaran BM
Sampel kajian juga menyatakan pandangannya terhadap penggunaan komputer di dalam pengajaran BM. Dapatan kajian dinyatakan seperti jadual 2 di bawah.
50 1st International Malaysian Educational Technology Convention
ersebut di dalam pengajaran. Mungkin terdapat faktor lain yang menjadikan mereka kurang menggunakan internet dengan masalah pendedahan dan kemudahan yang disediakan di sekolah.Aspek minat mempengaruhi guru dalam pengajarannya. Dapatan menunjukkan kebanyakan sampel kajian berminat yang sederhana (min 3.14) untuk mengajarkan BM menggunakan komputer tetapi mereka tetapi mempunyai banyak masa untuk menyediakannya.                                                         
. Mereka juga memiliki minat yang sederhana  untuk diberikan pendedahan berkaitan penghasilan bahan perisian komputer.
Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran.
Kebanyakan sampel kajian setuju bahawa  penggunaan komputer dalam pengajaran BM terhad kepada kemahiran membaca sahaja. Manakala mereka berpendapat penggunaan komputer dalam mengajarkan karangan tidak begitu sesuai (min 3.18). Dalam hal ini, untukmendapatkan kesan yang baik, guru perlu kreatif dalam pengajaran berbantukan komputer.Dari segi kemahiran menggunakan perisian komputer yang berkaitan dengan pembelajaran,kebanyakan sampel kajian tidak menguasainya dengan baik. Contohnya dalam penguasaan authorware dan toolbook, mereka menyatakan tidak menguasainya dengan baik
Masalah ini juga wujud dalam hal menggunakan multimedia dalam pengajaran . Bagi
kebanyakan sampel kajian, mereka hanya akan menggunakan komputer apabila diminta berbuat.

Tahap penguasaan komputer
Kesemua sampel telah pernah mengikuti kursus berkaitan komputer. Berdasarkan dapatan (jadual 3), kesemua sampel kajian telah menerima latihan komputer terutama dalam kursus dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran ataupun Pejabat Pendidikan Daerah.



                                                            4
Kajian: Tahap Penguasaan Penggunaan Komputer

Tahap penguasaan  pelajar  menggunakan  berpandukan komputer dengan
kehadiran guru bersama-sama  51%
Pelajar mempelajari bahasa menggunakan komputer tanpa
kehadiran guru 18.4%
Pelajar mempelajari aspek bahasa (contohnya, tatabahasa)
dengan menggunakan komputer 32.2%
Pelajar menggunakan enjin pencari (seperti google) untuk mencari
fakta ketika menulis karangan 40.2%                                         
Pengajaran bahasa apabila guru menggunakan projektor LCD
sebagai alat bantu mengajar dalam sebahagian dari pengajarannya 39.1%
Pelajar mempelajari cara menulis karangan atau surat dengan
menggunakan pemprosesan perkataan (microsoft word) 28.7%
Pelajar mempelajari bahasa dengan menggunakan perisian pembelajaran yang terdapat di dalam CD 44.8% Pelajar belajar bahasa melalui pembelajaran jarak jauh
menggunakan komputer. 17.2%

Kesan aplikasi komputer terhadap pelajar

Dapatan kajian menunjukkan, penggunaan komputer dalam pengajaran dapat menambahkan minat pelajar terhadap BM . Walau bagaimanapun, mereka berpendapat pelajar yang pandai lebih berminat dalam pengajaran apabila guru menggunakan komputer di dalampengajarannya . Bagi pelajar yang lemah, mereka kurang menunjukkan minat dalampembelajaran bahasa walaupun guru menggunakan komputer . Dapatan jugamenunjukkan penguasaan menulis karangan kurang berkesan jika menggunakan computer.  Dalam hal ini, pembinaan dan penggunaan bahan pembelajaran perlu lebih menekankan aspek multimedia dan interaktif bagi memberikan kesan yang lebih kepada pelajar .Pelajar juga berminat jika menggunakan bahan internet di dalam pengajaran .



                                              5


Kekangan dalam pelaksanaan pembelajaran bahasa berbantukan computer

Dapatan menunjukkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam
menggunakan komputer dalam pengajaran BM. Masih terdapat guru yang tidak mahir dalam mengendalikan pembelajaran berbantukan komputer disebabkan kurang latihan . Guru juga menghadapi masalah dalam pengajaran berbantukan komputer kerana banyak masa perlu diberikan dalam menyediakan bahan . Pelajar juga kurang berminat  menggunakan komputer dalam pengajaran BM. Komputer yang digunakan di sekolah sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi .Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer yang tidak cekap di sekolah . Masalah bilik komputer juga sering
                                             
  mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran. Terdapat guru BM yang tidak dapat menggunakan bilik computer kerana sering digunakan oleh kumpulan pelajar lain  Pengaruh rakan sejawat tidak mempengaruhi sampel kajian dalam pelaksanaan pengajaran berbantukan komputer. Minat mengajar menggunakan komputer tidak menurun apabila tidak ramai guru yang berbuat demikian. Pihak pentadbir sekolah bukan merupakan kekangan kepada pelaksanaan kerana mereka memberi galakan kepada guru agar mengunakan komputer dalam pengajaran .
Cadangan untuk mengatasi masalah
Terdapat beberapa cadangan yang diberikan oleh sampel kajian untuk mengatasi masalah dalam meningkatkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran BM (jadual 4). Kebanyakannya bersetuju dengan cadangan untuk mengatasi masalah seperti mewujudkan jaringan ,sediakan peruntukan prasana yang cukup (min 3.46), kumpulan pembinaan bahan , dorongan  dan pendedahan .
1.Wujudkan jaringan kerjasama antara panitia atau sekolah dalam
PPD
2.Sediakan peruntukan yang sesuai untuk menyediakan teknologi
komputer terkini.
3.Wujudkan prasarana ICT yang sesuai untuk pembelajaran.
4.Perlu ada kumpulan pembinaan bahan yang mendapat dorongan
daripada pentadbir.
                                          6
5.Memberikan lebih dorongan kepada pelajar agar meminati komputer.
Semua guru BM perlu diberikan pendedahan aplikasi komputer.
                                   
RUMUSAN
Isu-isu yang dibincangkan di atas kebanyakannya berfokus kepada pentingnya pengajaran berbantukan komputer dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran BM. Antara rumusan  yang diperoleh seperti huraian berikut:
Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru BM. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001). Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar
memberikan kesan yang optimum kepada pelajar.

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, BM sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran (A. Aziz Deraman, 2007). Walaupun  demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran BM berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai BM dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan
penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.
RUJUKAN
A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan cabaran global. Dewan Bahasa, 7(2), 26-30.
Cuban, L. (2001). Oversold and underused: Computers in the classroom. Cambridge, Mass.:


                                                   7


No comments:

Post a Comment